Wednesday, February 16, 2011

Tolong Oh Tolong


Salam semua, 

Hari ni aku nak story pasai kisah tolong menolong. Aku bukan nak buat kempen tak berbayaq dari Kementerian Kebudayaan. Selalunya kalau orang mintak tolong apa yang hampa wat. Ada banyak kategori orang yang boleh mintak tolong kat kita. Antaranya:

Family
Ayah, emak, kakak, adik, abg, sepupu, mak long, pak ngah, nenek dsb. 

Kawan atau kenalan
kawan baik, kawan tak berapa baik, kawan baik tapi macam tak baik, cikgu sains time darjah 4, ustaz ajaq mengaji dsb. 

Orang tak Dikenali
Orang mintak sedekah, orang mintak tolong di kala kecemasan, orang mintak tolong tunjuk jalan dsb

Bila orang dah mintak tolong, apa pulak respon kita.Nak tolong atau tak. Antaranya:

Tolak secara direct
Aku tak boleh tolong.  

Tolak dgn bagi alasan "munasabah" 

"Aku tak boleh tolong, aku busy, bakal bini aku nak bersalin"
"Mak Cik sebelah rumah sakit gigi, nak pi tengok"

Kalau terima plak, macam mana. Antaranya:

Terima dengan "ikhlas"
"Lepas ni boleh la belanja aku makan."
"Nanti aku mintak tolong jangan dok bagi alasan plak"

Selalunya kalau nak tolong, mesti kita akan tengok orang tu dulu. Kalau orang tu rapat ngan kita,samaada family atau kenalan rapat baru kita tolong. Kalau orang tak berapa rapat, mungkin kita akan pikiaq 12 kali sebelum nak tolong. 

Lagi satu, kalau orang tolong, mesti kita nak harapkan balasan. Belanja teh o ais sebungkus la, makan nasi beriani. Tolong urut la. Ok, maybe untuk lelaki tak sesuai. Family mungkin. 

Apa-apa pun, aku rasa kita mesti betulkan niat time kita nak tolong orang. Sebabnya, kalau orang mintak tolong kita tu, mesti time tu dia betul-betul dalam kesusahan dan tak boleh nak handle sorang-sorang. So, tolong la kalau mampu. Kalau tak mampu baru kita tolak dengan cara baik. Kalau kita meringankan kesenangan orang. InsyaAllah nanti urusan kita pon dipermudahka. Ok, setakat tu dulu. Sekian.

9 comments:

Dang Intan Duka said...

nice... :)

Taip Saja said...

thanks intan.. :)

bun said...

ayah baru cakap pasal bende nie

contoh nie pertolongan tak ikhlas yep

a:thanks taw tolong aku
b:tak pe,harini kaw susah,esok luse aku pulak,kaw tolong la

sebab mengharapkan balasan

so,kalaw boleh,ikhlas la

Taip Saja said...

betol2..ikhlas lebih baik..hehe

Nordin said...

cemana kalau org tu mintak tolong demi kepentingan diri sndiri saja?

Taip Saja said...

kalau cam tu bergantung kepada kita la kot..kalau rasa dia tak perlu ditolong sebab dia boleh buat sendirik bek tak payah tolong..aiceh, macam pakar jek..pendapat aku la..

Syafiq Rosli said...

tolong menolong memang sangat penting kan..

nur dhiya' aida said...

betul :)))
bia ikhlas :)

Miz Diela said...

tolong menolong amalan mulia..teruskan n selamat beramal..hehehhhhh :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...