Saturday, February 26, 2011

Assignment Oh Assignment

Salam semua,

Hari ni aku nak story pasai assignment/tugasan. Aku rasa ramai antara hampa ni masih belajaq lagi kan. Kalau tak kat u, kat sekolah. Kalau kat u mesti la hampa dah familiar dengan perkataan ni. Kalau kat sekolah tu, orang tak panggil assignment tapi orang panggil homework/keja sekolah. Tapi walau apa pon panggilan dia, maksud yang dibawak tetap sama. Tapi oleh sebab aku ni budak u, aku akan guna perkataan assignment la dalam entri kali ni.

Awat dia ada, tak boleh ka kalau tak dak?

Mesti persoalan ni bermain-main dalam otak hampa time tension dok buat assignment. Aku pon pernah ada dalam situasi tu. Oleh tu, aku nak highlight kat sini pasai pa aku rasa assignment dengan student tak pernah nak ngam.

1- Mindset/ cara pemikiran student yang menganggap assignment ni satu bebanan.
Cuba hampa tengok dalam kelas hampa. Mesti at least ada sorang student yang betul2 baguih dalam buat assignment ni. Cuba tanya dia tengok. Hang suka ka apa yang hang buat ni. Kalau dia jawab tak, itu samaada dia just nak jadi sama macam hampa tapi hakikatnya dia memang ok dan tak dak masalah kalau disuruh buat assignment.

2- Tak suka apa yang dipelajari.
Hampa mintak kos pendidikan. Tapi dapat sains. Itu yang tak dak feel nak buat assignment. Hampa memang tak minat apa yang hampa buat. Kalau buat pon sekadar buat ja so that tak fail.

3- Tangguh/ Procrastination.
Budaya ni memang dah sebati dengan student kita. Termasuk la aku sekali. Menangguh-nangguh kerja. Hari ni boleh buat tangguh besok, lepas tu lusa, lepas tu tulat. Sampai ke sudah tak siap2 assignment tu. Last sekali bila dah dekat dengan due date baru kalut nak buat. Confirm la cincai ja nanti hasil dia.

Aku rasa tiga sebab kat atas adalah punca awat student dengan assignment tak pernah nak ngam. Kalau hampa nak tambah bubuh kat ruangan komen. Aku rasa setakat ni la dulu. Sekian.

p/s: lama tak update. Tangguh jugak tu.ish2..InsyaAllah lepas ni aku update tiap2 hari. (leh caya ka)

Wednesday, February 16, 2011

Tolong Oh Tolong


Salam semua, 

Hari ni aku nak story pasai kisah tolong menolong. Aku bukan nak buat kempen tak berbayaq dari Kementerian Kebudayaan. Selalunya kalau orang mintak tolong apa yang hampa wat. Ada banyak kategori orang yang boleh mintak tolong kat kita. Antaranya:

Family
Ayah, emak, kakak, adik, abg, sepupu, mak long, pak ngah, nenek dsb. 

Kawan atau kenalan
kawan baik, kawan tak berapa baik, kawan baik tapi macam tak baik, cikgu sains time darjah 4, ustaz ajaq mengaji dsb. 

Orang tak Dikenali
Orang mintak sedekah, orang mintak tolong di kala kecemasan, orang mintak tolong tunjuk jalan dsb

Bila orang dah mintak tolong, apa pulak respon kita.Nak tolong atau tak. Antaranya:

Tolak secara direct
Aku tak boleh tolong.  

Tolak dgn bagi alasan "munasabah" 

"Aku tak boleh tolong, aku busy, bakal bini aku nak bersalin"
"Mak Cik sebelah rumah sakit gigi, nak pi tengok"

Kalau terima plak, macam mana. Antaranya:

Terima dengan "ikhlas"
"Lepas ni boleh la belanja aku makan."
"Nanti aku mintak tolong jangan dok bagi alasan plak"

Selalunya kalau nak tolong, mesti kita akan tengok orang tu dulu. Kalau orang tu rapat ngan kita,samaada family atau kenalan rapat baru kita tolong. Kalau orang tak berapa rapat, mungkin kita akan pikiaq 12 kali sebelum nak tolong. 

Lagi satu, kalau orang tolong, mesti kita nak harapkan balasan. Belanja teh o ais sebungkus la, makan nasi beriani. Tolong urut la. Ok, maybe untuk lelaki tak sesuai. Family mungkin. 

Apa-apa pun, aku rasa kita mesti betulkan niat time kita nak tolong orang. Sebabnya, kalau orang mintak tolong kita tu, mesti time tu dia betul-betul dalam kesusahan dan tak boleh nak handle sorang-sorang. So, tolong la kalau mampu. Kalau tak mampu baru kita tolak dengan cara baik. Kalau kita meringankan kesenangan orang. InsyaAllah nanti urusan kita pon dipermudahka. Ok, setakat tu dulu. Sekian.

Saturday, February 12, 2011

Contest Header TS


Salam semua,

Aku ingat nak buat satu contest. Hadiah contest ni adalah aku akan design satu header untuk sapa yang menang. Bukan pa, aku tengok ada sesetengah blog yang tak boh apa2 header kat blog depa. Macam yang aku bagitau kat page Kisah Taip Saja, aku ni minat editing. So, sapa yang rasa tak pandai nak design header tu mai la join contest aku.

Syarat-syarat Contest Header TS

1- Hampa kena la buat satu entri kat blog hampa pasai contest ni. Tak kisah panjang pendek. Tapi jangan la sampai satu ayat pulak. Pastu letak banner yang kat atas tu.
2-  Buat  la bagi kreatif. Yang aku rasa paling kreatif aku akan pilih.
3- Dalam entri tu, hampa kena promosi la pasai contest ni, lagi satu, hampa kena sertakan sekali komen membina tentang blog aku ni. Kalau nak kritik boleh tapi jangan melebih2 sangat.
4- Tarikh tutup penyertaan adalah pada 12 Mac 2011. Kalau tak laku dan orang tak join aku panjangkan lagi. haha
5- Letak nama, url entri kat bahagian komen. Nanti aku tengok.
6- Keputusan hakim adalah muktamad. Cewah, macam hebat la ja.
7- Terbuka kepada semua blogger. 

Hadiah: Header custom made mengikut citarasa anda dan kebolehan saya. Yela, kalau hang mintak macam2 jenuh aku nak buat.

Penyertaan setakat ini:
1- Alis Misnan
2-Dang Intan Duka

Komik Cinta TS Siri 3









p/s: Setiap cinta ada kisah pertemuan. Walaupun ia tak selalunya berakhir dengan kegembiraan, namun kisah pertemuan itu berbaloi disemat dalam ingatan.

Sunday, February 6, 2011

Hujan Oh Hujan

Salam semua, 

Dua tiga hari ni selalu hujan kat area aku. Baguih la, hujan kan bawak rahmat. Ingat lagi aku time kecik2 dulu, selalu kalau time hujan ja, mesti dok main hujan. Best woo..Lagi satu, selalu kalau hujan ja, mesti  aku dok carik alasan tak mau pi sekolah. Ye la, katil dok memanggil2. Besa la, tidoq time hujan ni memang nikmat  Tak boleh dibandingkan dengan tidoq2 time besa.

Lagi satu cita, aku ni dulu dok kampung. Kat kampung aku ni tak dak la terowong Smart tu nak control  jumlah air dia. So, kalau hujan lebat mesti banjir punya. Habis umah aku masuk air. Yang bestnya, kami bleh plak pi bantai mandi time tu. Memang agak tak cerdik gak la bila aku pikiaq balik. Mana taknya, air banjir tu tu mesti la dah campuq dengan air longkang. Tapi time da seronok, mana ingat pa dah. Pastu bila da banjir, nanti kena dok basuh umah plak. Tu je la yang tak best.

Tapi aku rasa bersyukur la lahir kat Malaysia ni. Iklim panas dan lembap sepanjang taun. So, tak payah dok isau panas sangat. Tapi cam orang yang lahir kat Afrika tu. Macam mana plak nasib depa. Panas ja memanjang. Kalau aku la, mesti dah pasang air cond dah kat umah. Ceh, macam banyak je duit. Apa2 pun ak rasa kita kena bersyukur la dengan apa yang kita ada. 

Bukan pa, aku tengok kadang2 kalau hujan ja ada sesetengah orang tu dok mengeluh. Sama la jugak kalau panas sangat. Aku cuma nak ingatkan ja diri aku dengan hampa2 sekali la. Hampa tu dok mengeluh kat sapa. Memang la kadang2 aktiviti kita bleh terganggu. Tapi just take it from the positive side. 

Hujan tu diturunkan organisma2 lain. Contohnya, cam pokok. Kalau pokok tak kena hujan depa akan mati. Padahal pokok2 yang bagi kita oksigen. So, secara tak langsung ada rahmat dan faedahnya untuk kita. So, lepas ni marilah kita semai rasa bersyukur tu. Setiap kejadian Tuhan ada hikmahnya. Ok, setakat ni la dulu. Sekian.

p/s: Mahu tidoq..zZzzzZZzzzZZ




Friday, February 4, 2011

Komik Cinta TS Siri 2









 p/s: Cinta itu memang indah amnya. Namun, sekali ia dinaungi oleh penipuan, ia akan menjadi seperti barah yang tidak menentu keadaannya.



Wednesday, February 2, 2011

Kisah Awal Pagi

Salam semua,

Aku dan pagi selalu tak ngam. Kami masing2 tak sama haluan. Kalau aku macam ni, dia plak macam tu. Ok, ayat stat da macam cerita cinta. Sebenaqnya aku nak story pasal bangun awal pagi ja. Aku tak tau la hampa macam mana, tapi kalau aku memang jenis yang susah nak bangun pagi. Bangun Subuh pon gerenti tidoq balik. 



Tu yang susah tu. Orang dah bangun pekena roti canai la, nasi lemak la, kita dok wat peta Asia Tenggara lagi. Dok dalam alam fantasi lagi. Dulu mak aku selalu cakap bangun awal pagi, rezeki cepat masuk. Kecik2 dulu aku tak paham. Rupanya mak aku nak highlight yang kita kena cepat kalau nak carik rezeki. Cam orang putih kata, early bird gets its worm. Tu la kalau hampa dok tengok orang stat meniaga awai2 pagi. Mana ada orang dok tibai bukak kedai pukul 2. Memang sebulan dua ja la bisnes kalau cam tu. Lepas tu, confirm melingkup.

Lagi satu, bukan setakat dari aspek ekonomi ja. Kalau bangun awal pagi ni otak memang fresh. Hampa pun tau kan. Memang kalau student tu, stadi awal pagi memang terbaik wok. Ilmu masuk mencurah2. Lagi satu, kalau bangun awal pagi, boleh la nak hirup udara fresh sikit. Tambah2 yang dok bandar tu. Bukan pa, sat gi kalau bangun lambat bukak tingkap ja da penuh dah dengan asap bas, motor, keta, lori dan yang sama waktu dengannya. 

So, setakat tu la dulu kot. Tapi time aku tulis ni aku bangun awal tau. Ceh, nak bangga lak. So baca2 jugak,  harap ada la moral of the story orang putih kata, marilah kita jadikan bangun awal pagi ni satu tabiat demi produktiviti dan kebaikan diri masing. Kalau ada cita, story la kat komen. Sekian.


Tuesday, February 1, 2011

Komik Cinta TS Siri 1

Salam semua,

Hari ni aku stat wat siri komik cinta. Harap2 hampa suka la. Sori lukisan buruk.haha.Ok, apa2 pon enjoy..Bagi komen la eik.








p/s: Hargailah cinta yang hadir kerana ia mungkin tidak akan kekal buat selamanya. Namun, kenangannya pasti akan tersemat di dalam ingatan. Sekian.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...