Saturday, January 29, 2011

Kisah Cinta Aku Part 3

Salam semua,

Hari ni aku nak sambung cerita pasai kisah cinta aku. Sebelum ni aku dah story pasai cinta monyet time skolah rendah ngan kisah cinta yang tak kesampaian. Sekarang ni sambung plak ngan kisah cinta time kat universiti. Macam yang hampa tau, kat u ni memang banyak awek. Kan nisbah student laki ngan pompaun 60:40. Tu pon entah la ni dah nek da kot. So, bagi kaun Adam cam aku ni memang banyak la pilihan kalau nak cari awek.


Tapi, awai2 tu aku rileks la dulu. Yela, tujuan masuk u nak carik ilmu. Bukan nak cari bini. Tapi kalau da jodoh nak kata apa btoi tak..ceh, meghela btoi aku. Aku banyak join aktiviti time kat u. So, memang ramai dok nampak la jugak muka aku ni. Bila ramai orang dok nampak, market pon nek la. Ada yang minat, tapi dah aku pon wat blur2 ja, melepas la peluang. 

So, nak ringkaskan cerita, aku tak dak la awek awai2 time kat u ni. Sampai la satu saat tu, aku dok tengok2 page aku kat satu laman sosial ni. Ada la sorang minah ni yang berminat nak kenal ngan aku. Aku pon apa lagi, terus aku klik profile dia. Bagi yang pompuan, kalau hampa nak tau, tu la trend laki kalau dia nak approve pompuan yang dia tak kenai. Dok usha dulu muka, agak2 muka macam cun ja dengan tanpa segan silu diapprove, kalau tak, paham2 je la. Sorry la, aku cakap benda betui.



So, sekali aku tengok, terus tertawan. Aku pon dok men ym ngan dia la pastu. Tak lama pastu aku ajak dia couple. Tapi satu ja yang slack time ni. Dia memang dok area tempat aku belajaq tapi jauh la gak dari u aku ni. Tapi nak buat cam na, tu la dugaan kenai orang kat tenet ni. Untung dok Malaysia, kalau dok tempat len memang punah la harapan. Tambah plak kalau awek tu hot. Lagi la dalam dilema. So, diringkaskan cerita, sekarang aku bahagia la dengan si dia. Gaduh2 jugak tapi sehari dua ja la. Entah la, aku jenis tak bleh gaduh lama2.

So, setakat tu ja la kisah cinta aku. Kalau boring nasib la, nak buat cam na. Kalau tak segan, kongsi la kisah cinta hampa plak dengan aku. Sekian.




Sunday, January 23, 2011

Kisah Cinta Aku Part 2

Salam semua, 

Hari ni aku semakin sehat. So, happy la sikit. Tapi, hidung ni ja dari tadi dok sok sek tak habis2 lagi. Takpa la, besok lusa ok la kot. So, aku nak sambung cerita semalam pasal kisah cinta. Kalau nak buat novel memang tak cukup bahan, so aku cita kat hampa ja la. Semalam, aku cerita sampai aku sekolah menengah. Tak banyak pon kisah sebenarnya. Nak buat cam na, aku bukan jenis lelaki jiwang. 


So, aku menamatkan kisah cinta monyet di sekolah tanpa meragut atau melukakan hati sapa2. Ayat siyes tak boleh belah. Bila da habis sekolah, kita sambung peringkat matrikulasi la pulak kan. Aku tak dapat  tawaran matrik. Nak buat cam mane. Orang suh stadi, kita dok wat benda len. So, frust terbaring la aku. Nak menonggeng nanti orang kata buang tebiat lak. 



Tapi, lepas tu, rupanya rezeki aku kat tempat lain. Aku dapat tawaran asasi. Alhamdulillah. Time kat asasi ni la, aku telah bercinta buat kali pertama. Maksudnya, betul2 official couple la. I lap u, U lap me. Mesti hampa ingat aku sangkut ngan awek kat u kan. Tot!!, salah jawapan anda. Rupanya homemade awek gak yang sangkut kali ni ngan aku. Maksud homemade awek tu awek area umah aku la. Kitorang stat dengan mesej2 dulu. Time sekolah da kenal dah. Cuma, die kelas lain. So, bila da habis sekolah, masing2 nak tanya la khabar kawan2 kan. Tapi yang aku pelik cam na la die dapat nombor aku. Tetiba aku terasa hot plak. Blah la.

Setelah, dok bermesej2 bukan bermassage2. Kami pon decide la nak couple. So, memang best la kan. Dunia terasa indah bila dia ada disisi. Kalau tak jumpa sehari, kita makan pon tak sendawa, tidur pon tak berdengkur. Si awek aku ni dapat matrik. Aku plak dok asasi. Kiranya kami berjauhan la. So, tersiksa la jiwa menahan rasa rindu.Ok, better aku stop tulih cam ni sebelum hidung hampa kluaq darah. Kami keluaq jugak date. Tapi time cuti ja la. Tapi, nak buat macam mana. Jodoh kami tak panjang. Masing2 busy dan tak lama lepas tu kami pon putus. 

Yang peliknya, aku tak rasa sedih pon. Mungkin sebab kami jarang jumpa, so tak kuat la lagi rasa sayang tu. Hampa jangan dok cop aku kasanova la, playboy la, buaya darat la.Gue ngak salah dong. Aiseh, tersasul kluaq ayat sinetron plak. So, kisah cinta aku yang pertama berakhir dengan perpisahan yang baik. Aku ngan dia still berkawan lagi sampai sekarang.

Lepas ni aku nak story kisah cinta aku yang berkekalan sampai la ni. InsyaAllah..

Bersambung...

Kisah Cinta Aku Part 1

Salam semua,

Syok gak bila dok blogging ni, rasa puas bila kita dapat tulih apa yang tersurat di hati. Kali ni, aku nak cita plak pasai kisah cinta aku. Aku pasti hampa smua ada kisah cinta masing2. Cinta time skolah a.k.a cinta monyet. Cinta time dok kat ipta dan cinta alam dewasa. Tapi, since aku ni student lagi. Tak payah la dok cita sal cinta alam dewasa, Aku cita la pasai cinta monyet ngan cinta time belajaq kat u ni.


Aku ni dalam kategori malu2 cat sebenaqnya. So, kalau aku nak kelentong hampa yang aku ada awek berderet memang tak pandai la nak story. Tapi, ada la kenangan sikit2. Kalau hampa nak share nanti story kat bahagian komen noh. Aku sekolah rendah kat Pulau Pinang, sapa orang sana angkat kaki. 

Time sekolah rendah, aku ni pasif sikit dari segi mengorat2 awek ni. Ye la, kanak bawah umur lagi, otak pon suci bersih umpama kain putih. Besa la, kat sekolah aku ada gak awek dua tiga orang yang comel2. Hati pon terpaut la. Tapi nak cakap malu, tapi sebenarnya mahu. Cam lagu la plak. So, dari darjah satu sampai darjah lima, disebabkan perangai pemalu aku, tak dak la yang sangkut. Tapi aku rasa time2 aku dulu tak ramai yang bercinta bagi surat bagai nak rak cam la ni. La ni, bukan takat bercinta, lebih dari tu pon ada. Aku rasa hampa pon tau kan.

So, bila masuk darjah enam, bapak aku ajak kami berpindah ke Kedah. Walaupun berat nak meninggalkan kampung halaman, terpaksa la jugak. Dulu aku dok kampung kat Seberang Perai, kalau pandai teka la kampung mana. Ok, abaikan. Kat kampung dah ada geng2 yang sempoi, masuk kepala tup2 kena pindah. Takpa la, suratan takdir. Bila masuk darjah 6 kat sekolah baru, aku pon agak blur la awai2 tu. Nak kenai awek jauh sekali. 

Dalam kelas tu, aku antara budak yang otak boleh pusing. So, time exam, aku dok pegang la nombor satu dalam kelas. So, ada la awek yang sangkut ngan aku. Siap bagi aku surat ajak aku couple. Aku cam aku dah habaq tadi jenis pemalu sikit, time tu pon otak tak terpikiaq lagi, so aku pon tak layan la dia. Kesian dia. Mesti dia kuciwa dengan aku. 

Habis kat situ la cinta sekolah rendah, mesti hampa bosan kan baca kisah cinta aku setakat ni. Nak buat cam mana, dah based on true story.So, aku pon malas nak tulih panjang2, aku ringkaskan la. Time sekolah menengah pon lebih kurang jugak. Aku tak brapa layan awek2 ni. Satu hari tu, ada sorang awek ni ajak aku couple. Siap tunggu aku pas habis sekolah. Tapi malangnya, aku plak tak ada feeling ngan dia. Orang kata, cinta can not force2. So, aku pon dengan berat hati mereject dia. Mesti yang pompuan2 dok kata aku kejam kan. Lebih bek cam tu dari nanti aku lagi lukakan hati dia.

Bersambung....

Demam Oh Demam

Salam semua,

Hari ni memang aku tak best. Pasai pa hampa nak tau. Awal2 pagi rasa melekit, aku pon da tak tentu arah. Adakah ini tandanya. Cewah, bikin saspen pulak. Sebelum otak2 hampa smua dok pikiaq benda len lebih bek aku habaq siap2.Hidung aku da. Berair dan melekit2..So, maksudnya, die selesema cikgu. Teringat lak iklan Scotts Emulsion dulu2. Badan pon makin panas. Habis la aku. Nak demam asenya.


Bila da demam ni biasa la, nak buat pa smua tak kena. Nak study tak bleh. Ceh, bajet rajin la tu. Senang cita, rutin harian terganggu la. Satg kalau dok buat pa2, sebok la dok carik tisu. Mana taknya, hingus dok meleleh baik punya. Kalau tak dak memang bantai baju je la. Selekeh btoi aku. Dulu aku pelik, bila da belajaq sains, cikgu kata bila badan kita diserang penyakit, badan ada sistem pertahanan atau orang panggil antibodi, nanti dia akan buat kita imun kat penyakit tu bila kita diserang kali kedua. Contohnya cam demam campak la, da kena sekali, tak kena lagi kan. 

Kalau tu la cita dia, awat daripada aku kecik sampai la ni dok asyik demam lagi. Sistem pertahanan aku ni fail ka. Bila da besaq skit baru cek tau rupanya bakteria untuk demam ni ada beribu. So, bila hang da kena sekali, hang imun kat bakteria tu je la, bakteria len belom lagi.So, bila orang tua dok kata hang tu budak hingusan lagi. tak tau pa. Cuba tnya dia, pak cik pon budak hingusan jugak. Bukti dia, kalau pak cik selsema, hidung dok berhingus gak kan. haha.

Lagi satu, time kecik2 dulu, kalau badan panas sangat mesti ayah atau mak kita suh pi beli ayaq cap kaki tiga. Kononnya, boleh sejukkan badan. Tapi, tak silap aku hari tu aku baca kat Kosmo atau Harian Metro aku tak ingat, depa kata kilang ni guna air paip ja dok isi masuk botoi tu. Hampeh betoi. Lagi satu, bila kita dah demam, nanti sebok la pi beli panadol aktifas. Ni pon ada gak cita, tak tau la betoi ka tak. Kononnya, panadol ni bila da masuk badan, susah dia nak kluaq. So, sebenarnya, tak elok makan panadol ni. Tapi, sumber cita ni dari emel berantai ja. So, tak tau la sahih ke tak. 

Apa2 pon, ni hanya la dugaan kecik Tuhan. Buat hapus dosa2 kecik. Aku rasa setakat ni ja ko. Nanti la aku story lagi. Sekian.



Saturday, January 22, 2011

Mula Menaip

Salam semua,
Hari ni aku stat menaip. Alasannya, saja ja. Besa la, hari ni kita berjalan, besok kita berlari la pulak. Sebelum ni dok baca blog orang ja, hari ni nak jugak rasa ada blog sendiri. Setakat ni yang aku prasan, blog2 di Malaysia ni popular melalui 3 kategori  ja, yang pertama blog gosip. Sapa tak kenai blog Beautifulnara, Ohbulan, dan macam2 lagi la. Kategori yang kedua, blog yang dok tunjuk gambaq menarik, video menarik, gambaq seksi, gambaq ganas dan gambaq bogel baik punya.



Sebelum hampa dok fire, tembak, n maki aku tak tentu pasai, aku nak bagi clear dulu noh, aku tak condemn skit pon blog2 ni. Hak masing2 la kan dan aku pon dok baca blog ni. Aku cuma berkongsi apa yang aku nampak ja. Balik pada topik tadi, contoh blog cam ni, Ohtidak, Buaya Merah, Hotmedia2u dan berlonggok2 lagi la. Aku pon dok layan gak blog2 ni. 

Kategori yang ketiga plak, blog yang mana bila orang baca ja, orang rasa nak baca lagi, apa punya ayat da. Maksud aku, kita tertarik la dengan penulisan dia. Sama ada lawak, serius, ilmiah atau menarik. Antara blog  yang aku dah addicted adalah freedom of association, blogserius, realiti konspirasi, dan teh tarik gelas besaq. Kalau ada lagi roger la aku. Boleh aku pi melawat. Bukan apa, depa2 ni memang boleh menulis, so bila kita baca tu ada la input. Tak dak la otak tu blur ja. Hari2 kita kasi pusing dok pikiaq apa yang depa kata ni betoi ka tak. Kalau dok mandom (pasif) ja otak tu aku rasa kalau dia boleh maki memang da lama kena maki.


So, mulai hari ni, aku nak berblog la jugak. Pada yang lama, bagi la tunjuk ajaq pada yang baru. Mungkin hampa perasan yang aku dok cakap utara. Sebab dia memang aku orang utara. So, yang mana tak paham, tanya la aku. Tapi aku rasa hampa paham kot, lain skit ja. Bukan aku cakap bahasa alien. Ok, aku rasa setakat ni la dulu. Kalau hampa rasa free, tak tau nak buat pa lepas baca entri aku ni komen la skit. Aku nak tau gak apa pendapat hampa. Fakta aku salah ka, penulisan macam budak tadika ka, apa ja la. Sila2 lah komen. Kalau aku salah aku betulkan. Sekian.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...