Saturday, February 26, 2011

Assignment Oh Assignment

Salam semua,

Hari ni aku nak story pasai assignment/tugasan. Aku rasa ramai antara hampa ni masih belajaq lagi kan. Kalau tak kat u, kat sekolah. Kalau kat u mesti la hampa dah familiar dengan perkataan ni. Kalau kat sekolah tu, orang tak panggil assignment tapi orang panggil homework/keja sekolah. Tapi walau apa pon panggilan dia, maksud yang dibawak tetap sama. Tapi oleh sebab aku ni budak u, aku akan guna perkataan assignment la dalam entri kali ni.

Awat dia ada, tak boleh ka kalau tak dak?

Mesti persoalan ni bermain-main dalam otak hampa time tension dok buat assignment. Aku pon pernah ada dalam situasi tu. Oleh tu, aku nak highlight kat sini pasai pa aku rasa assignment dengan student tak pernah nak ngam.

1- Mindset/ cara pemikiran student yang menganggap assignment ni satu bebanan.
Cuba hampa tengok dalam kelas hampa. Mesti at least ada sorang student yang betul2 baguih dalam buat assignment ni. Cuba tanya dia tengok. Hang suka ka apa yang hang buat ni. Kalau dia jawab tak, itu samaada dia just nak jadi sama macam hampa tapi hakikatnya dia memang ok dan tak dak masalah kalau disuruh buat assignment.

2- Tak suka apa yang dipelajari.
Hampa mintak kos pendidikan. Tapi dapat sains. Itu yang tak dak feel nak buat assignment. Hampa memang tak minat apa yang hampa buat. Kalau buat pon sekadar buat ja so that tak fail.

3- Tangguh/ Procrastination.
Budaya ni memang dah sebati dengan student kita. Termasuk la aku sekali. Menangguh-nangguh kerja. Hari ni boleh buat tangguh besok, lepas tu lusa, lepas tu tulat. Sampai ke sudah tak siap2 assignment tu. Last sekali bila dah dekat dengan due date baru kalut nak buat. Confirm la cincai ja nanti hasil dia.

Aku rasa tiga sebab kat atas adalah punca awat student dengan assignment tak pernah nak ngam. Kalau hampa nak tambah bubuh kat ruangan komen. Aku rasa setakat ni la dulu. Sekian.

p/s: lama tak update. Tangguh jugak tu.ish2..InsyaAllah lepas ni aku update tiap2 hari. (leh caya ka)

1 comment:

Miz Diela said...

assg oh assg...baru teringat assg aku banyak lagi x wat..tq TS cz egatkan..hua3,,,,

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...