Wednesday, February 2, 2011

Kisah Awal Pagi

Salam semua,

Aku dan pagi selalu tak ngam. Kami masing2 tak sama haluan. Kalau aku macam ni, dia plak macam tu. Ok, ayat stat da macam cerita cinta. Sebenaqnya aku nak story pasal bangun awal pagi ja. Aku tak tau la hampa macam mana, tapi kalau aku memang jenis yang susah nak bangun pagi. Bangun Subuh pon gerenti tidoq balik. 



Tu yang susah tu. Orang dah bangun pekena roti canai la, nasi lemak la, kita dok wat peta Asia Tenggara lagi. Dok dalam alam fantasi lagi. Dulu mak aku selalu cakap bangun awal pagi, rezeki cepat masuk. Kecik2 dulu aku tak paham. Rupanya mak aku nak highlight yang kita kena cepat kalau nak carik rezeki. Cam orang putih kata, early bird gets its worm. Tu la kalau hampa dok tengok orang stat meniaga awai2 pagi. Mana ada orang dok tibai bukak kedai pukul 2. Memang sebulan dua ja la bisnes kalau cam tu. Lepas tu, confirm melingkup.

Lagi satu, bukan setakat dari aspek ekonomi ja. Kalau bangun awal pagi ni otak memang fresh. Hampa pun tau kan. Memang kalau student tu, stadi awal pagi memang terbaik wok. Ilmu masuk mencurah2. Lagi satu, kalau bangun awal pagi, boleh la nak hirup udara fresh sikit. Tambah2 yang dok bandar tu. Bukan pa, sat gi kalau bangun lambat bukak tingkap ja da penuh dah dengan asap bas, motor, keta, lori dan yang sama waktu dengannya. 

So, setakat tu la dulu kot. Tapi time aku tulis ni aku bangun awal tau. Ceh, nak bangga lak. So baca2 jugak,  harap ada la moral of the story orang putih kata, marilah kita jadikan bangun awal pagi ni satu tabiat demi produktiviti dan kebaikan diri masing. Kalau ada cita, story la kat komen. Sekian.


2 comments:

sukehatiaku said...

hehe..
:) syee bgn awal pgy utk belajar !

Taip Saja said...

@sukehatiaku: bagosh2..haha..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...