Saturday, January 22, 2011

Mula Menaip

Salam semua,
Hari ni aku stat menaip. Alasannya, saja ja. Besa la, hari ni kita berjalan, besok kita berlari la pulak. Sebelum ni dok baca blog orang ja, hari ni nak jugak rasa ada blog sendiri. Setakat ni yang aku prasan, blog2 di Malaysia ni popular melalui 3 kategori  ja, yang pertama blog gosip. Sapa tak kenai blog Beautifulnara, Ohbulan, dan macam2 lagi la. Kategori yang kedua, blog yang dok tunjuk gambaq menarik, video menarik, gambaq seksi, gambaq ganas dan gambaq bogel baik punya.



Sebelum hampa dok fire, tembak, n maki aku tak tentu pasai, aku nak bagi clear dulu noh, aku tak condemn skit pon blog2 ni. Hak masing2 la kan dan aku pon dok baca blog ni. Aku cuma berkongsi apa yang aku nampak ja. Balik pada topik tadi, contoh blog cam ni, Ohtidak, Buaya Merah, Hotmedia2u dan berlonggok2 lagi la. Aku pon dok layan gak blog2 ni. 

Kategori yang ketiga plak, blog yang mana bila orang baca ja, orang rasa nak baca lagi, apa punya ayat da. Maksud aku, kita tertarik la dengan penulisan dia. Sama ada lawak, serius, ilmiah atau menarik. Antara blog  yang aku dah addicted adalah freedom of association, blogserius, realiti konspirasi, dan teh tarik gelas besaq. Kalau ada lagi roger la aku. Boleh aku pi melawat. Bukan apa, depa2 ni memang boleh menulis, so bila kita baca tu ada la input. Tak dak la otak tu blur ja. Hari2 kita kasi pusing dok pikiaq apa yang depa kata ni betoi ka tak. Kalau dok mandom (pasif) ja otak tu aku rasa kalau dia boleh maki memang da lama kena maki.


So, mulai hari ni, aku nak berblog la jugak. Pada yang lama, bagi la tunjuk ajaq pada yang baru. Mungkin hampa perasan yang aku dok cakap utara. Sebab dia memang aku orang utara. So, yang mana tak paham, tanya la aku. Tapi aku rasa hampa paham kot, lain skit ja. Bukan aku cakap bahasa alien. Ok, aku rasa setakat ni la dulu. Kalau hampa rasa free, tak tau nak buat pa lepas baca entri aku ni komen la skit. Aku nak tau gak apa pendapat hampa. Fakta aku salah ka, penulisan macam budak tadika ka, apa ja la. Sila2 lah komen. Kalau aku salah aku betulkan. Sekian.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...