Sunday, January 23, 2011

Demam Oh Demam

Salam semua,

Hari ni memang aku tak best. Pasai pa hampa nak tau. Awal2 pagi rasa melekit, aku pon da tak tentu arah. Adakah ini tandanya. Cewah, bikin saspen pulak. Sebelum otak2 hampa smua dok pikiaq benda len lebih bek aku habaq siap2.Hidung aku da. Berair dan melekit2..So, maksudnya, die selesema cikgu. Teringat lak iklan Scotts Emulsion dulu2. Badan pon makin panas. Habis la aku. Nak demam asenya.


Bila da demam ni biasa la, nak buat pa smua tak kena. Nak study tak bleh. Ceh, bajet rajin la tu. Senang cita, rutin harian terganggu la. Satg kalau dok buat pa2, sebok la dok carik tisu. Mana taknya, hingus dok meleleh baik punya. Kalau tak dak memang bantai baju je la. Selekeh btoi aku. Dulu aku pelik, bila da belajaq sains, cikgu kata bila badan kita diserang penyakit, badan ada sistem pertahanan atau orang panggil antibodi, nanti dia akan buat kita imun kat penyakit tu bila kita diserang kali kedua. Contohnya cam demam campak la, da kena sekali, tak kena lagi kan. 

Kalau tu la cita dia, awat daripada aku kecik sampai la ni dok asyik demam lagi. Sistem pertahanan aku ni fail ka. Bila da besaq skit baru cek tau rupanya bakteria untuk demam ni ada beribu. So, bila hang da kena sekali, hang imun kat bakteria tu je la, bakteria len belom lagi.So, bila orang tua dok kata hang tu budak hingusan lagi. tak tau pa. Cuba tnya dia, pak cik pon budak hingusan jugak. Bukti dia, kalau pak cik selsema, hidung dok berhingus gak kan. haha.

Lagi satu, time kecik2 dulu, kalau badan panas sangat mesti ayah atau mak kita suh pi beli ayaq cap kaki tiga. Kononnya, boleh sejukkan badan. Tapi, tak silap aku hari tu aku baca kat Kosmo atau Harian Metro aku tak ingat, depa kata kilang ni guna air paip ja dok isi masuk botoi tu. Hampeh betoi. Lagi satu, bila kita dah demam, nanti sebok la pi beli panadol aktifas. Ni pon ada gak cita, tak tau la betoi ka tak. Kononnya, panadol ni bila da masuk badan, susah dia nak kluaq. So, sebenarnya, tak elok makan panadol ni. Tapi, sumber cita ni dari emel berantai ja. So, tak tau la sahih ke tak. 

Apa2 pon, ni hanya la dugaan kecik Tuhan. Buat hapus dosa2 kecik. Aku rasa setakat ni ja ko. Nanti la aku story lagi. Sekian.



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...